Puisi Medika
Buku ini adalah merupakan koleksi puisi atau sajak Dr Ainon dan digabungkan dengan koleksi puisi Dato' Dr Wahinuddin Sulaiman. Ia merupakan karya yang berbentuk puisi berkaitan dengan perubatan. Jarang sekali doktor-doktor berkarya, terutamanya dalam bentuk puisi. Jadi bila doktor yang berkarya, lahirlah puisi-puisi berkaitan dengan pelbagai penyakit. Ia mengandungi puisi bicara hati, unsur-unsur nasihat, pengajaran dan sindiran sinis yang di sampaikan secara tersurat atau tersirat dalam bentuk puisi atau seloka. Semoga perkongsian puisi-puisi ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada pembaca.
Currently No Review