55 Kod Orang Cemerlang
Buku ini adalah himpunan idea-idea kejayaan yang dikongsi oleh mereka yang cemerlang dan berprestasi. Ia adalah petua bagaimana mereka menguruskan hidup mereka sehingga mendaki puncak kecemerlangan dan keunggulan. Mereka ini pernah menyusuri jalan yang sepatutnya untuk efektif dan berkesan. Mereka tahu lorong yang lurus ataupun lorong yang bengkok, duri yang menikam ataupun pohon yang merimbun, madu yang mengubati ataupun racun yang memudaratkan. Semua inginkan kecemerlangan. Mungkin kerana itu juga, anda memegang buku ini sekarang kerana bercita-cita hendak lebih cemerlang. Tetapi tidak semua yang tahu jalan menuju kejayaan. Ada yang berjaya dan ada yang belum berjaya. Yang berjaya berkongsi kejayaan mereka, dan yang belum berjaya terus berusaha
Currently No Review